YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,
SEJARAH MTQ ADDIN AIR KUNING
Maahad Tahfiz al Quran wal Qiraat ADDIN Air Kuning Kampar Perak adalah merupakan cawangan Maahad Tahfiz al Quran wal Qiraat ADDIN Kg Tualang Sekah Malim Nawar Perak.
Gambar 1 : Sijil pendaftaran JAIPK
Mula beroperasi pada Januari 2015 di atas Tanah wakaf MAIPk seluar 3 ekar
dengan sebuah bangunan yang dilengkapi di dalamnya Asrama, kelas, kantin, surau Bilik Air, Tandas dan Pejabat.
Gambar 2 : MTQ ADDIN Air Kuning
Ketika ini jumlah pelajar kami dari Tingkatan Satu hingga Enam seramai 109 orang pelajar dengan kekuatan tenaga kerja seramai 21 orang.
Gambar 3 : Pembarisan pelajar setiap pagi
---
Jom Bersama Menyumbang untuk MTQ Addin Air Kuning!
MTQ Addin Air Kuning kini memerlukan sokongan anda untuk terus berkhidmat kepada masyarakat dan menyebarkan ilmu agama. Dengan kehadiran pelajar-pelajar fakir miskin, MTQ Addin komited untuk menyediakan pendidikan berkualiti tanpa memikirkan latar belakang kewangan pelajar.
Namun, kami berdepan cabaran kewangan untuk:
1. Menaja Yuran Pelajar Fakir Miskin: Agar tiada pelajar tercicir hanya kerana kekangan kewangan.
2. Menampung Kekurangan Belanja Bulanan: Membantu melangsaikan tunggakan yuran demi kelangsungan operasi MTQ.
3. Membayar Bil Utiliti: Air dan elektrik adalah asas kepada pembelajaran yang lancar dan selesa.
4. Menaik Taraf Infrastruktur: Supaya para pelajar dapat belajar dalam persekitaran yang lebih selesa dan kondusif.
Anda mampu mengubah masa depan mereka. Dengan sumbangan ikhlas dari anda, kami dapat terus memberikan yang terbaik kepada pelajar-pelajar kami dan memastikan kelangsungan maahad ini sebagai pusat ilmu yang memancarkan cahaya hidayah.
Ayuh hulurkan tangan, ringankan beban! Setiap sumbangan, sekecil mana pun, sangat bermakna bagi kami. Bersama-sama kita bina generasi Al-Quran yang gemilang.
"Barangsiapa yang memudahkan urusan orang lain, Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat." - Maksud hadis.
Jazakumullahu khairan kathira atas sokongan dan sumbangan anda!
---
Gambar 4 : kerja-kerja naiktaraf bangunan sedang dilakukan
Pengurusan
MTQ ADDIN Air Kuning