INFAK : SEIKHLAS
HATI
Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Addin
(MTQ) Air Kuning Perlu
RM1.8 Juta
Bantu Pengajian Anak Tahfiz
Sabda Rasulullah ﷺ :
“Orang terbaik daripada kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran dan
mengajarkannya.”
MTQ Air Kuning (bernombor pendaftaran JAIPK/TAHFIZ/BP.60/18).
adalah sebuah maahad tahfiz yang berjaya ditubuhkan
menggunakan dana hasil sumbangan orang ramai.
Sejak penubuhannya tahun 2015, banyak fasiliti berjaya dibina seperti :
✅ Bangunan kelas
✅ Bangunan pejabat
✅ Asrama lelaki
✅ Kantin
✅ Surau
✅ Kuaters guru
Bagi memastikan anak-anak yang belajar di sini
mudah menyerap ilmu, dan belajar dalam suasana kondusif seperti sekolah asrama
atau harian kerajaan, kemudahan fasiliti yang lengkap sangat diperlukan.
Kami tidak
mahu menutup peluang, memadamkan minat, musnahkan impian anak-anak dan ibu bapa
yang mahukan pendidikan berteraskan Al-Quran ini.
Namun jika
keperluan asas tidak ada, kami tidak boleh lagi menerima anak-anak ini.
Sehingga hari
ini, permintaan pelajar saban
tahun yang teringin untuk mendalami Al-Quran semakin
tinggi. Malah pasti
ramai seronok melihat generasi
muda berminat mendalami ilmu ini.
Namun, MTQ Air Kuning tidak mampu lagi
menyediakan kemudahan yang menjadi keperluan anak-anak ini sendirian.
Justeru, MTQ Air Kuning merayu anda untuk menyumbang mencukupkan kos pembinaan beberapa lagi fasiliti bernilai RM1.8 juta.
Info projek pembangunan RM1.8 juta
1. Asrama Pelajar Lelaki
Tingkatan 6 (anggaran kos RM350, 000)
➡️ 4 bilik
➡️ 2 bilik air
➡️ 1 dapur
2. Asrama
Pelajar Perempuan Tingkatan 6 (anggaran kos : RM350,000)
➡️ 4 bilik
➡️ 2 bilik air
➡️ 1 dapur
3. Rumah guru (Apartment)
(anggaran kos : RM500,000)
➡️ 4 pintu
➡️ 1 bilik mandi
➡️ 1 ruang tamu
➡️ 1, 000 kaki persegi
4. Dewan Serbaguna Tertutup (anggaran kos : RM550,
000)
➡️ Kapasiti 300 orang
5. Kos operasi/bulan : RM50,000
Keperluan ini
sangat mendesak, hari ini saja pelajar MTQ Air Kuning telah mencecah 120 orang
yang terdiri daripada lelaki dan perempuan.
Ini usaha
kami untuk pastikan anak-anak generasi muda ini celik Al-Quran, menjadi
AL-Quran sebagai panduan.
Bagaimana
pula dengan anda?
Jika tidak
mampu membina sebuah tahfiz, cukuplah sekadar membantu membangunkannya dengan
memberi sedekah, atau infak untuk mereka.
“Wahai orang-orang yang beriman!
Infakkanlah sebagian dari rezeki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum
datang hari ketika tidak ada lagi jual beli, tidak ada lagi persahabatan dan
tidak ada lagi syafaat. Orang-orang kafir itulah orang yang zalim.”
(Al-Baqarah: 254)